Kemahiran Membuat Laporan
Setelah
maklumat diperolehi dan diproses, kesimpulan tentang aspek yang penting hendaklah
dibuat. Kesimpulan atau rumusan ini adalah untuk memberi penekanan kepada dapatan
penting, isu utama, atau pandangan penulis tentang tajuk berkenaan.
Tujuan Laporan
Laporan adalah satu
bentuk penyataan yang logikal dan tersusun. Ianya mengandungi bahagian-bahagian,
tajuk-tajuk dan subtajuk-subtajuk. Sebab-sebab laporan ditulis;
- Mengenalpasti masalah
- Memberikan maklumat dan fakta
- Mencadangkan penyelesaian
- Mencadangkan tindakan yang perlu dilakukan
- Membuat kesimpulan
- Menilai sesuatu penyelidikan atau aktiviti
- Membuat rekod sesuatu peristiwa
- Menganalisi aktiviti perniagaan
- Mensintesis sesuatu pelan tindakan
- Menghuraikan sesuatu peristiwa, prosedur, tindakan dll.
Laporan boleh
berbentuk pendek atau panjang dalam format informal atau formal
Persembahan atau penyampaian ialah pemindahan mesej
daripada penyampai kepada penerima dalam dialog dua hala. Persembahan laporan yang baik
akan menarik perhatian dan mengekalkan daya tumpuan serta daya ingatan.
Panduan Cara Persembahan
Di bawah ini dicadangkan beberapa panduan bagaimana
sesuatu penulisan laporan itu dapat dipersembahkan dengan lebih menarik. Panduan ini
adalah berdasarkan singkatan daripada TOPIK DEWASA. Singkatan ini akan
memberikan kpanduan seperti yang berikut semasa menyediakan dan menulis laporan :
T | Topik | Nyatakan topik laporan atau penulisan dengan jelas kepada pembaca |
O | Objektif | Apakah objektif penulisan anda? Ini perlu dinyatakan dengan jelas supaya pembaca mendapat gambaran awal tentang tujuan penulisan tersebut |
P | Paparan | Kenal pasti bagaimanakah paparan atau susun atur seperti format penulisan, struktur kandungan, penomboran dan sebagainya hendak diadakan. Paparan ini perlu diambil kira supaya penulisan anda menarik dan mudah dibaca dan difahami. |
I | Isi | Isi penulisan laporan hendaklah jelas dan tepat |
K | Kesimpulan | Nyatakan kesimpulan laporan anda pada akhir penulisan. Perkara ini perlu kerana di bahagian inilah letaknya pendirian, pandangan, dan dapatan anda tentang topik yang dibicarakan. |
D | Definisi | Berikan definisi yang jelas bagi setiap istilah atau konsep yang hendak dibincangkan dalam penulisan anda. Elok juga jika anda memberikan contoh-contoh yang sesuai untuk memperjelas apa yang anda maksudkan dengan perkataan berkenaan. |
E | Elakkan |
Cuba elakkan
:
- perkataan ayat, konsep dan perenggan yang mengelirukan - isi yang bertindih-tindih
- membuat
andaian-andaian tertentu
- kesimpulan yang
bercanggah
|
W | Wacana | Wujudkan wacana yang menarik dengan menggunakan penanda wacana yang tepat, koherens atau kejelekitan, dan kesinambungan idea. |
A | Analitis | Berikan pendapat anda secara analitis dan kritis. ini bermaksud hujah-hujah anda hendaklah disokong dengan bukti, alasan dan fakta. |
S | Saranan | Cadangkan saranan atau harapan anda jika ada pada bahagian akhir penulisan. Saranan ini mungkin dapat ditujukan kepada pembaca, masyarakat, pihak berkuasa dan sebagainya. |
A | Apendiks | Jika
perlu, sediakan apendiks pada bahagian akhir penulisan. Apendiks berfungsi sebagai: - maklumat atau data tambahan - glosari atau senarai istilah yang berkaitan dengan bidang penulisan anda. - lampiran yang tidak dimasukkan dalam bahagian penulisan, tetapi perlu dijadikan sebagai bahan rujukan tambahan kepada pembaca. |
Demikan beberapa panduan
tentang cara persembahan laporan. Ianya dapat diringkaskan kepada singkatan TOPIK DEWASA.
Jadikanlah singkatan ini sebagai panduan untuk membuat laporan yang
berkesan.
Bibliogragi diletak di akhir sesuatu laporan dan
merupakan sumber-sumber rujukan yang digunakan untuk menyediakan laporan.Ianya ditulis
mengikut sistem APA iaitu American Psychological
Association.
Contoh Bibliografi:
Torrance,
E.P.(1962) Guiding Creative Talent. New
York : Prentice - Hall
Cara penulisan
bibliografi yang betul.
1.
Chid. D. (1973) Psychology and the Teacher.
London : Holt,
Rinehart & Winston.
2. Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992). Creativity and Intelligence: New York: Wiley.
3. Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen
4. Kaltsounis, B (1992). Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent. Journal of Creative Behaviour, 6(4), 268-274.
5. Kerlinger, F.N.(1973). Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston.
6. Ogilvie, E. (1974). Creativity and Curriculum Structure. Educational Research, 16 (2), 126-132.
7. Torrance, E.P. (1962). Guiding Creative Talent. New York : Prentice-Hall.
8. Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards : Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And Assessing. Massachusetts : The Regional Labs for Education Improvement.
2. Getzels, J.W, & Jakson, P.W. (1992). Creativity and Intelligence: New York: Wiley.
3. Hudson, L. (1966). Frames of Mind. London : Methuen
4. Kaltsounis, B (1992). Additional Instruments Useful in Studying Creative Behaviour and Creative Talent. Journal of Creative Behaviour, 6(4), 268-274.
5. Kerlinger, F.N.(1973). Foundations of Behavioural Research (2nd ed.) New York: Holt, Rinehart & Winston.
6. Ogilvie, E. (1974). Creativity and Curriculum Structure. Educational Research, 16 (2), 126-132.
7. Torrance, E.P. (1962). Guiding Creative Talent. New York : Prentice-Hall.
8. Owen, J.M, Cox, P.L, Watkins, J.M (1994) Genuine Rewards : Inguiry Into Connecting Learning, Teaching And Assessing. Massachusetts : The Regional Labs for Education Improvement.
No comments:
Post a Comment